Tuesday, 14 October 2014

Atasi masalah kelesuan dan keletihan dengan Set Energy Booster Shaklee



Selalu penat, mengantuk dan keletihan?


Tahukah anda kita memerlukan vitamin tambahan untuk menjana tenaga dari makanan.

Kesan kekurangan vitamin dalam badan membuatkan badan kita mudah menjadi lesu, cepat letih, mudah terkena penyakit dan sebagainya.

Adalah sangat penting untuk diingatkan bahawa vitamin shaklee adalah semulajadi dan bukan diperbuat dari dadah yang mampu memberi kesan sejurus sahaja selepas makan.

Vitamin semulajadi ini memerlukan masa untuk menyeimbangkan nutrien dalam badan kita sebelum menampakkan kesan yang terbaik bersesuaian dengan badan.


Antara cadangan Set Energy Booster terbaik:


Vitalea/Multivitamin
• Mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan mikronutrien orang dewasa.
• Dilengkapi dengan zat besi untuk pembentukkan lebih banyak sel darah merah
• mengelakkan anemia
• meningkatkan paras HB.
• Mengandungi magnesium, kalsium, fosforus, Vitamin C dan D
• Menyokong kesihatan tulang
• sangat membantu dalam peningkatan kesihatan sekiranya diambil secara berterusan.

B Complex
•Terdiri daripada 8 vitamin B penting untuk keperluan harian
•Merupakan anti stress terbaik.
•vitamin B1,B2,B3,B6,biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
•Asid folid dan B12 membantu membina sel darah merah dalam tubuh.
•Vitamin B sangat disarankan untuk diambil bersama dengan vitamin C

Vitamin C
•Bekalan vitamin c yang berterusan adalah amat penting untuk menyokong proses dlm badan.
•menyokong kesihatan tulang,gigi,gusi dan seluruh badan

Energy Soy Protein(ESP)
•Mengekalkan tenaga secara berterusan
•sifatnya rendah glesemik indeks memberikan rasa kenyang yang lebih lama
•membantu dalam tumbesaran dan pertumbuhan sek-sel badan
•Pengambilan ESP bersama dengan susu dan kurma membantu memberikan tenaga secara berterusan.

Berminat nak cuba produk-produk Shaklee?
Anda boleh hubungi saya segera ditalian seperti dibawah untuk mendapatkan KONSULTASI TERBAIK yang percuma dan rundingan HARGA MAMPU MILIK yang akan menggembirakan anda. :)

Your trusted Shaklee Distributor,

Siti Nadia
SID 1069502
SMS/Wassap : 011-23430868
FB : Cik Puan Bunga Nadia
FB page : Cik Puan Bunga Nadia's Vitashop

Monday, 13 October 2014

Kalsium untuk ibu hamil sangat penting!

Penting sangat ke kalsium untuk tubuh badan ni? Ye!Sangat penting!

Lebih lebih lagi ibu mengandung, ibu yang menyusukan anak, dan paling penting, tumbesaran bayi seawal dalam kandungan lagi!

Seringkali saya dengar, orang mengabaikan Kalsium kerana susah minum susu.apatah lagi ketika menyusukan anak... sekiranya ibu yang menyusukan anak tidak mengambil kalsium  dengan mencukupi, kalsium dari tulangnya akan diserap oleh darah untuk digunakan oleh tubuh badan.... akibatnya, tulang menjadi rapuh dan berisiko untuk menghidapi Osteoporosis!!!! Oh, seram dengar...

Oleh itu, saya telah memilih Ostematrix Shaklee... Kenapa??? kerana ia dilengkapi dengan Magnesium dan Vitamin D... kenapa pentingnya Magnesium dan Vitamin D??? Kerana Magnesium membantu menggabungkan Kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya dan Vitamin D merangsang penyerapan Kalsium.


Antara manfaat kalsium yang paling penting adalah membantu dalam mengekalkan kesihatan tulang, gigi, mencegah kanser kolon, mengurangkan obesiti, dll.

Kita memerlukan kalsium dari lahir hingga ke usia tua. Ketika bayi, kalsium diperlukan untuk tulang dan pertumbuhan gigi. Semasa remaja kalsium sekali lagi penting untuk menyokong pembangunan tulang, manakala apabila kita tua, tulang kita cenderung untuk hilang ketumpatannya dan lemah, dengan itu memerlukan pengambilan kalsium yang mencukupi

Kalsium boleh didapati dalam susu dan produk susu seperti keju dan yogurt. Selain itu, kacang, ikan salmon dalam tin, bijian dan kekacang juga sumber kalsium yang baik. Selain susu yang popular sebagai sumber kalsium, brokoli juga boleh meningkatkan tahap kalsium dalam diet anda dengan baik. Susu separa skim atau seluruh skim mempunyai kandungan kalsium yang hampir serupa. Ikan seperti salmon dan sardin, sayur-sayuran berdaun hijau termasuk brokoli, bayam, jus, bijirin, oren, tiram, kacang soya, badam, kacang hijau, dan ricotta juga sumber-sumber yang kaya dengan kalsium.

Gejala-gejala-Kekurangan Kalsium:

Menyedari kekurangan kalsium dalam badan adalah agak mudah. Berdebar-debar, tekanan darah tinggi, osteoporosis, gigi longgar dan penyakit gusi, insomnia, kekejangan prahaid,tekanan darah tinggi dan apabila otot anda sakit dan gerenyet, atau anda tiba-tiba kekejangan juga menunjukkan kekurangan kalsium. 

Sering kali, ramai kanak-kanak mengalami penyakit riket, tulang menjadi lemah dan fleksibel, mereka mempunyai kaki bengkok, dada tenggelam dan rusuk manik, mereka tidak dibekalkan dengan kalsium mencukupi dari kelahiran itu sendiri. Oleh itu, bekalan kalsium adalah amat penting di kalangan kanak-kanak dan remaja yang semakin meningkat kerana ia boleh mengurangkan risiko osteoporosis pada usia tua. 

Penyakit tulang ini adalah perkara biasa dalam satu daripada setiap tiga wanita dan seorang lelaki pada setiap 12 orang, di atas umur 50 tahun.

Sesiapa yang tidak suka minum susu seperti saya, boleh telan sahaj pil ostematrix dari Shaklee kerana dengan 4 biji sehari, 100% keperluan harian kalsium anda dapat ditampung sepenuhnya!

Tahukah anda, 1 biji ostematrix shaklee = 1 gelas susu berkalsium tinggi = 80 biji badam??

Lebih INFO MENARIK mengenai Ostematrix boleh lihat DISINI

10 kepentingan Kalsium:
Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.

1) Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.

2)Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan

3)Melindungi Otot Jantung -Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. 

4)Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. 

5)Mencegah Blues Pra-haid -Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.

6)Mencegah Batu Karang – Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang

7)Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

8)Kawalan Tekanan Darah -Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. 

9)Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.

10)Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.

Kalsium adalah mineral yang paling penting, dan kita cenderung mengabaikan ia. Kebanyakan kanak-kanak cerewet untuk minum susu dan akhirnya berhenti minum susu sama sekali. Harus diketahui bahawa mengabaikan mineral kalsium boleh menyebabkan banyak penyakit yang serius dalam jangka panjang. Kalsium adalah elemen penting dalam diet mana-mana manusia yang sihat. Jika susu dan produk tenusu tidak diingini, cuba untuk menggabungkan bahan-bahan ini dengan bijirin lain dan membuat resipi yang melibatkan susu dan produk tenusu.Walau bagaimanapun, kalsium tambahan boleh didapati di kedai-kedai/farmasi, walau bagaimanapun ia sentiasa dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mula mengambil apa-apa ubat.

Kalau anda memang seorang orang susah nak minum susu... takkan nak makan keju hari2 kan... so apa kata anda ambil Ostematrix ni.... lagi pun, dengan Ostematrix, kalsium anda dijamin dapat diserap dengan lebih sempurna dengan bantuan Magnesium dan Vitamin D... jika sumber kalsium lain, belum tentu ianya dapat diserap dengan sempurna kerana anda perlu memastikan diet harian anda juga dilengkapi Magnesium dan Vitamin D.


Berminat nak cuba produk-produk Shaklee?
Anda boleh hubungi saya segera ditalian seperti dibawah untuk mendapatkan KONSULTASI TERBAIK yang percuma dan rundingan HARGA MAMPU MILIK yang akan menggembirakan anda. :)

Your trusted Shaklee Distributor,

Siti Nadia
SID 1069502
SMS/Wassap : 011-23430868
FB : Cik Puan Bunga Nadia
FB page : Cik Puan Bunga Nadia's Vitashop


Friday, 3 October 2014

Hikmah minyak naik

Minyak naik 25sen!


Apa hikmah nya ye??Ada ke??hihi..Jom fikir positif!
  • Mat rempit tak cukup minyak nak merempit.Minyak cepat habis.Tak syok lah kan tengah2 pecut kena singgah stesen minyak pulak.haha.. ade ke macam ni?
  • Untuk para isteri, korang boleh lega sebab suami tak melepak atau makan makanan dari kedai makan dah. Sebab bila minyak naik, semua pakat naik walaupun teh tarik secawan.hihi..
  • Kepada pengguna kereta di jalan raya, anda boleh tenang dan tak stress dah sebab rata2 mengundur diri dengan menaiki motor sahaja ke mana-mana.Ataupun pakai komuter/lrt je.
  • Yang suka berkonvoi motor tu, boleh pikir 18kali nak tinggal anak bini kat rumah.Yang berkonvoi kereta, apetah lagi..lagi lah kopak kan..haha..
  • So masing-masing anak beranak pakat-pakat duduk diam-diam kat rumah.Boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan giteww
  • Masyarakat makin sihat. Sebab? Naik basikal pergi ke mana-mana atau berjalan kaki sahaja.Sihat kan?
Krikk krikkk krikkk...haha..

Nah terapi untuk korang yang murung akibat minyak naik ni.









Hihi..LEMBUjini pun bolehhhh..

Marah-marah,merungut,mengutuk,menca***,kalau dapat selesaikan masalah takpe jugak kawan-kawan..

Jom layan tips untuk menghadapi harga minyak naik ni.Memang bagus sangat tips di bawah ni untuk korang.:)


Berikut adalah 7 Tips Menghadapi Harga Minyak Naik:

1. Mula catatkan pendapatan dan perbelanjaan
Dari catatan ini, kita dapat mengenal pasti berapa besar kesan kenaikan harga minyak dan barangan lain berbanding dahulu. Kita juga dapat mengenal pasti sama ada pendapatan bulanan dapat menampung perbelanjaan yang meningkat.

2. Kurangkan perbelanjaan di mana perlu
Dari catatan keluar masuk, anda boleh tahu di mana perbelanjaan boleh dikurangkan. Dari pengalaman kami, antara perkara yang paling hendak dibuang dari senarai perbelanjaan ialah – rokok, siaran televisyen berbayar, dan langganan suratkhabar dan majalah. Anda juga boleh berjimat dengan menukar pakej telefon dan internet kepada yang lebih murah.

3. Mula menabung
Kami tidak bersetuju sekiranya anda menabung hanya sebagai kecemasan, sebaliknya mulalah menabung dengan tujuan membina modal untuk pelaburan. Beri tujuan khusus buat setiap tabungan anda, dan letakkan tabungan ke akaun yang susah hendak dikeluarkan.

4. Melabur untuk pendapatan pasif
Kudrat muda mungkin tidak bertahan sehingga tua. Adalah penting untuk kita memulakan pendapatan pasif agar kita sentiasa beroleh pendapatan sehingga tua. Paip-paip yang boleh dibina antaranya – melalui sewaan dari rumah sewa, dividen tahunan dari saham, menerima elaun bulanan dari syarikat (buat pemilik syarikat), royalti, aset internet dsbnya.

5. Tambah ilmu
Tambah ilmu dari sehari ke sehari, dengan pelbagai guru. Bila satu ilmu dikuasai, pelbagai benda dapat dibuat dengannya!

6. Tambahkan pendapatan
Di dalam dunia teknologi sekarang ini, wang boleh didapati di hujung jari. Terdapat pelbagai pilihan untuk menambah pendapatan tanpa atau kurang modal. Antaranya adalah dengan menjual secara dropship, menjadi affiliate, menjadi ajen rumah, sewakan rumah secara sublet, perkhidmatan menggosok, perkhidmatan melipat baju – pilihan di tangan anda!

Di kesempatan ini, saya ingin mengajak ramai-ramai untuk berbisnes Shaklee dengan saya dengan bermodalkan RM75 SAHAJA sekali seumur hidup!Memang semua di hujung jari tau!

Tak perlu minyak! Tak perlu pergi ke pejabat pos juga. Sebab Shaklee yang akan uruskan kerja-kerja pengeposan.Best kan??

Duduk rumah dengan kain batik je pun boleh berniaga ok..hehe..jimat duit mekap jugak..hakhak..Anda hanya online je untuk order barangan customer. Di hujung jari sangat kan?Asalkan ada internet lah.hehe..

Dan tak perlu pergi kelas melainkan ada kelas kelas tertentu seperti kelas buat blog. Ini pun tiada paksaan untuk hadir sebab kebanyakan peniaga Shaklee hanyalah suri rumah yang ada anak dan susah ke mana-mana :). Bisnes Shaklee sangat fleksible dan paling best modal RM75 SAHAJA.

Kumpulan perniagaan kami sangat supportive untuk membantu sama-sama mendapat income yang membanggakan.Sebab bisnes Shaklee ini indah. Jika tak bantu, sama-sama tak dapat apa.Cenggitu la lebih kurang.hehe..

Setiap 15hb setiap bulan anda akan dapat hasil dari usaha anda yang tak perlu pun keluar minyak tuuu..Setel masalah minyak naik kan!hehe..

Jom daftar menjadi ahli --->> disini! Ingat, RM75 SAHAJA tau!:)

Nak tahu lebih detail tentang Shaklee atau urusan yang lebih cepat dan pantas, boleh hubungi saya segera k! :)

Last but not least..tips terakhir,

7. Bertindak
Bertindaklah dan jangan bertangguh. Yakin dan berdoalah kepada Allah. Jangan panggil diri sendiri miskin, kerana miskin itu hanya keadaan sementara. Keputusan untuk keluar dari kepompong kesusahan itu di tangan kita.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11) 


“ Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Surah Al- Insyirah : 5 & 6 ) 


Berminat nak cuba produk-produk Shaklee?
Anda boleh hubungi saya segera ditalian seperti dibawah untuk mendapatkan KONSULTASI TERBAIK yang percuma dan rundingan HARGA MAMPU MILIK yang akan menggembirakan anda. :)

Your trusted Shaklee Distributor,

Siti Nadia
SID 1069502
SMS/Wassap : 011-23430868
FB : Cik Puan Bunga Nadia
FB page : Cik Puan Bunga Nadia's Vitashop

Wednesday, 1 October 2014

Sedarlah kepentingan nutrisi atau vitamin bagi ibu hamil dan bayi

Antara kesan-kesan nya kepada bayi dan ibu:


Kajian menunjukkan kekurangan nutrisi semasa hamil boleh meningkatkan risiko untuk bayi lahir kurang matang atau kurang berat, bayi lahir cacat, masalah pernafasan semasa lahir atau masalah perkembangan dan tumbesaran. 

Bagi ibu pula, kekurangan nutrisi meningkatkan risiko untuk alahan (‘morning sickness’), sembelit, lemah badan, pedih ulu hati, kekejangan otot, anemia, ‘pre-eclampsia’, susah bersalin dan berisiko besar untuk bersalin melalui ‘Cesarean’ .

Jika mereka kekurangan protein:
  • Boleh menyebabkan kekurangan air ketuban dan darah serta merencatkan perkembangan rahim, plasenta (uri) dan perkembangan sel-sel badan bayi kerana protein adalah komponen utama dalam pembentukan sel. 
  • peningkatan risiko ‘pre-eclampsia’. ‘Pre-eclampsia’ adalah masalah kesihatan di mana ibu hamil mengalami tekanan darah yang terlalu tinggi.Penyelesaiannya hanyalah satu iaitu bersalin sama ada secara ‘induce’ atau ‘Cesarean’. Jika tidak, ibu dan bayi berdepan dengan risiko kematian. ‘Pre-eclampsia’ juga boleh terjadi akibat kekurangan asid lemak omega-3, vitamin D, kalsium, dan magnesium.
Jika mereka kekurangan Vitamin B6
  • berkait rapat dengan masalah mual, muntah-muntah serta hilang selera makan yang biasa dialami oleh ibu mengandung. 
Jika mereka kekurangan Vitamin D
  • boleh merencatkan tumbesaran bayi, perkembangan fizikal bayi serta melemahkan sistem imuniti bayi.bayi juga lahir kurang matang atau lahir kurang berat
Jika mereka kekurangan Vitamin K
  • boleh mengakibatkan pendarahan tidak terkawal semasa bersalin kerana vitamin K diperlukan untuk menghasilkan ‘prothrombin’ (faktor penting dalam pembekuan darah). Perkembangan tulang dan gigi bayi yang tidak sempurna dan lemah adalah kesan kekurangan kalsium dan magnesium.
Jika mereka kekurangan iodine
  • boleh menyebabkan kecacatan mental dan kerosakan otak serta dikaitkan dengan peningkatan risiko keguguran atau mati ketika lahir. bayi juga lahir kurang matang atau lahir kurang berat
Jika mereka kekurangan asid folik 
  • berat lahir yang rendah dan kejadian peningkatan kecacatan tiub neural (seperti spina bifida) pada bayi. Kebanyakan profesional kesihatan menyarankan bahawa wanita “childbearing age” memerlukan 400 hingga 800 hari mcg setiap hari. 
Jika mereka kekurangan asid lemak omega- 3 seperti DHA
  • boleh menyebabkan masalah penglihatan dan saraf dan bayi lahir kurang matang atau lahir kurang berat
Jika mereka kekurangan zat besi
  • boleh merencatkan penghasilan hemoglobin, meningkatkan risiko untuk ibu menghidap anemia dan mempengaruhi perkembangan mental bayi. Bayi juga lahir kurang matang atau lahir kurang berat
Jika mereka kekurangan Kalsium
  • kekurangan kalsium akan menyebabkan ibu mengalami sakit gigi, sakit pinggang yang keterlaluan, cramp kaki di waktu malam, kebas-kebas kaki dan bisa kaki yang keterlaluan. Bagi bayi di dalam kandungan pula, mereka berpotensi untuk menghadapi masalah berkaitan tulang dan gigi mereka mudah rapuh
Jika mereka kekurangan Vitamin C
  • ibu hamil memerlukan vitamin C untuk mencegah jangkitan penyakit semasa hamil seperti selsema yang berpanjangan dan demam yang teruk semasa hamil. 

Jadi, pengambilan nutrisi lengkap semasa hamil tidak boleh dipandang ringan. Jika diet seharian tidak mampu membekalkan anda dan bayi dengan nutrisi selengkapnya, anda disarankan mengambil supplement/vitamin tambahan agar ruang-ruang kosong itu dapat diisi dengan sempurna. 


Ambillah supplement yang bahannya 100% semulajadi dan tidak menggunakan bahan pengawet agar anda dan bayi mendapat nutrisi yang terbaik.

Shaklee menyediakan cadangan set lengkap semasa kehamilan untuk keperluan nutrisi yang mencukupi untuk anda.Jika berminat untuk tahu lebih lanjut sila click disini..:)

Cadangan set mengandung Shaklee

Berminat nak cuba produk-produk Shaklee?
Anda boleh hubungi saya segera ditalian seperti dibawah untuk mendapatkan KONSULTASI TERBAIK yang percuma dan rundingan HARGA MAMPU MILIK yang akan menggembirakan anda. :)

Your trusted Shaklee Distributor,

Siti Nadia
SID 1069502
SMS/Wassap : 011-23430868
FB : Cik Puan Bunga Nadia
FB page : Cik Puan Bunga Nadia's Vitashop

5 faktor penyebab tinggi kolesterol dan 7 tips mengatasinya!

Pertamanya, ketahui faktor-faktor penyebab tinggi kolesterol:


Jika dari segi pemakanan, bermula dari saat ini anda hendaklah menjaga pemakanan anda!

Antaranya:

1.Sajian Makanan Untuk Kesihatan Jantung
Penuhkan pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti 5 hingga ke 9 ‘potion’ sehari untuk membantu mengatasi kolestrol jahat. Antioksidan dalam pemakanan tersebut boleh membantu menurunkan paras kolestrol. Secara tak langsung, kita boleh mengurangkan pengambilan makanan berlemak. Banyakkan juga pengambilan makan yang diperkaya dengan sterol iaitu molekul organik yang terkandung dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang penyerapan kolestrol ke dalam darah.

2.Jika Sayangkan Jantung Anda, Pandanglah Ke Laut
Pola pemakanan yang sihat bagi jantung mestilah mengandungi menu ikan dalam kekerapan dua kali seminggu. Ikan kaya dengan Omega 3 yang membantu menurunkan paras ‘trigylcerides’ iaitu sejenis lemak dalam darah. Omega 3 juga membantu memperlambatkan pertumbuhan plak di arteri. Pilihan ikan seperti salmon, tuna, trout dan lain-lain adalah yang terbaik kerana mengandungi kadar Omega 3 yang tinggi.

3.Mulai Hari Anda Dengan Bijirin Oat


Semangkuk oat memiliki serat dan karbohidrat kompleks yang boleh bertahan sepanjang hari. Anda akan merasa kenyang lebih lama sehingga kurang makan pada waktu lain. Gandum yang terkandung dalam bijirin oat juga dapat membantu mengurangkan kolestrol jahat dan sekaligus merupakan antara menu sihat yang penting dalam usaha anda untuk menurunkan paras kolestrol dengan cepat. Anda amat disarankan untuk mengambil bijirin oat untuk sarapan pagi kerana ianya memberikan kesan kekenyangan yang lebih lama.

4.Lemak Tak Tepu Melindungi Jantung
Kita semua memerlukan sedikit lemak dalam gizi pemakanan kita sekitar 25 ke 35 peratus dari kalori sehari. Jenis lemak yang dimaksudkan adalah lemak tak tepu seperti yang terkandung dalam minyak zaitun atau minyak safflower. Lemak ini membantu menurunkan paras kolestrol LDL jahat dan dapat meningkatkan paras kolestrol ‘baik’. Namun, elakkan pengambilan lemak tepu secara berlebihan seperti mentega dan minyak kelapa sawit kerana ianya menyumbang kepada peningkatan kolestrol ‘jahat’.

5.Lebih Banyak Makanan Berserat Tetapi Berhati-hati 
dengan Karbohidrat
Kita Memerlukan karbohidrat untuk menjana tenaga. Makanan berserat seperti kekacang, beras perang, gandum dan lain-lain membantu menurunkan paras kolestrol kerana mengandungi lebih serat dan kurang meningkatkan kandungan gula dalam darah berbanding dengan karbohidrat dari roti putih, beras putih dan kentang yang meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat dan menyebabkan anda akan cepat lapar dan berisiko untuk makan secara berlebihan dan sembrono.

6.Apa Yang Harus Dilakukan Ketika Makan Di Luar
Ada beberapa strategi yang boleh diamalkan ketika mengambil makanan di luar:
  • Pilih makanan yang dipanggang, dikukus dan dibakar. Elakkan makanan yang digoreng.
  • Ambil sos dalam kuantiti yang sedikit dan asingkan di tepi pinggan. Tak perlu dihabiskan.
  • Belajar mengawal potion makanan anda dan biasakan untuk meminta separuh makanan dibungkus untuk dibawa pulang.
7.Pengambilan Supplement Phytocol-ST Atasi Kolestrol Tinggi


Agak susah bagi kita rakyat Malaysia untuk berpantang dalam pengambilan makanan seperti yang dicadangkan. Namun, kita perlu berusaha untuk menukar diet harian kita kepada menu sihat yang dicadangkan. Pengambilan supplemen yang kaya dengan fisoterol dapat berganding dengan kolestrol ‘baik’ untuk menyerap kolestrol ‘jahat’ yang tak diperlukan.

Fisoterol ini berfungsi menyerap kolestrol LDL yang berlebihan dalam tubuh. Lebih tinggi kandungan fisoterol dalam badan kita, lebih cepat paras kolestrol kita dapat diturunkan. Anda boleh memilih untuk mengambil tumbuhan yang kaya dengan filoterol seperti lobak merah, roti gandum mahupun tomato. Namun adakah kita mampu dan cukup berdisiplin untuk mengambil jumlah yang diperlukan tubuh seperti dalam ilustrasi di bawah?


Info Tambahan:
Kolesterol Baik Dan Kolesterol Jahat
Tubuh memerlukan kolestrol ‘baik’ untuk berfungsi dengan sempurna. Namun, kita biasanya akan makan terlalu banyak lemak dan kolestrol sehingga menyebabkan peningkatan kolestrol jahat iaitu kolestrol LDL. Kolestrol LDL ini mengakibatkan plak terkumpul di arteri lalu mengakibatkan sakit jantung. Anda perlu meningkat kolestrol HDL (kolestrol baik) untuk menurunkan paras kolestrol jahat kerana kolestrol baik membantu membersihkan kolestrol buruk dari darah anda. Mulakan dengan pola pemakanan yang sihat.

Jom bertindak sekarang! Sebelum salur darah anda tersumbat dan kemudian pecah!seterusnya stroke/gout/heart attack/mungkin sudden death!TAKUTNYA!

  
Image result for akibat salur darah tersumbat


Berminat nak cuba produk-produk Shaklee?
Anda boleh hubungi saya segera ditalian seperti dibawah untuk mendapatkan KONSULTASI TERBAIK yang percuma dan rundingan HARGA MAMPU MILIK yang akan menggembirakan anda. :)

Your trusted Shaklee Distributor,

Siti Nadia
SID 1069502
SMS/Wassap : 011-23430868

Phytocol-ST dari Shaklee menghalang penyerapan kolesterol!


Phytocol-ST
80% daripada kolesterol makanan tidak diserap ke dalam salur darah dengan Phytocol-ST dan ia bertindak secara semula jadi untuk merendahkan paras kolesterol.
Phytocol-ST™ ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.
  • Ia mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian, 
  • Berkesan dalam merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi 
  • Dirumus daripada campuran sterol & stanol
  • Membekalkan 2,000mg sterol & stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) 
Lihat pada gambar di atas. Adakah kita tergolong dalam 6 juta itu? Risau tak? Kolestrol tak terkawal memang merbahaya dan boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke. Secara logiknya memang kita tidak menyedari kolestrol bermaharaja lela dalam badan kita. Tambahan pula kita tidak mampu menolak daripada menjamah kelazatan pelbagai makanan yang terdapat di negara kita ni. Umumnya kadar maksimum kolestrol normal adalah seperti gambar di bawah.
Lihat pada gambar pola permakanan gambar di atas. Berapakah jumlah kolestrol yang berjaya masuk ke dalam badan kita? 942 mg sedangkan saranan pengambilan kolestrol untuk mereka yang sihat ialah 300 mg sehari! Itu belum lagi kita ketahui jumlah kolestrol yang didapati daripada makanan yang lain. Cuba lihat gambar di bawah.

Kalau diikutkan banyak makanan kegemaran kita yang tak boleh dijamah. Memang kita sukar nak limitkan pengambilan makanan kurang dari 300 mg selagi kita berada di Malaysia! Makanan di Malaysia memang best dan lazat! Rugi kalau kita tak rasa. Betul tak? Huhuhu...

Oleh itu..........
Untuk mengatasi masalah kolestrol tinggi di kalangan rakyat Malaysia, Shaklee telah memperkenalkan produk baru iatu Phytocol.

Phytocol adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000 mg fitosterol setiap hari dan disarankan 100% Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).


Apa itu fitosterol dan bagaimana ia berfungsi?
Fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan. a

Sterols dan stenols ini akan menghalang kolestrol jahat (LDL kolestrol) dan akan merendahkan kolestrol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah. 

Sterol dan stenoil yang ada dalam makanan seharian kita seperti makan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato setiap hari. 

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita. Lihat gambarajah di bawah.


Keistimewaan Phytocol Shaklee:
  • dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif 
  • fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal untuk merendahkan paras LDL kolestrol 
  • mengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap hari 
  • kandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh NIH 
  • tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan 

Sekarang bagaimana? Dah tahu cara nak turun kolestrol kan? Kini kita boleh menikmati makanan kegemaran tanpa perlu bimbang dengan ancaman kolestrol asalkan kita mengamalkan Phytocol Shaklee setiap hari. 

Sebelum kolestrol melarat dan mengundang penyakit merbahaya adalah lebih baik kita amalkan Phytocol Shaklee untuk turunkan kolestrol secara semulajadi.:)

BONUS!!
BONUS!!
BONUS!!
Anda boleh turunkan berat badan juga okeyyy..Jom cuba!


Berminat nak cuba produk-produk Shaklee?
Anda boleh hubungi saya segera ditalian seperti dibawah untuk mendapatkan KONSULTASI TERBAIK yang percuma dan rundingan HARGA MAMPU MILIK yang akan menggembirakan anda. :)

Your trusted Shaklee Distributor,

Siti Nadia
SID 1069502
SMS/Wassap : 011-23430868
FB : Cik Puan Bunga Nadia
FB page : Cik Puan Bunga Nadia's Vitashop

Kelebihan Garlic atau Bawang Putih Shaklee!Terbaik Untuk Darah Tinggi dan Fungsi Jantung!



Garlic atau Bawang putih telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk, demam selesema dan melancarkan peredaran darah.
Alisin merupakan sebatian aktif daripada bawang putih yang menyumbang kepada pelbagai manfaat kesihatannya. 


**Alisin tidak terdapat di dalam bawang putih“biasa” – ia dihasilkan apabila bawang putih dihiris halus atau dihancurkan.

Setiap 1 tablet Garlic Complex Shaklee mengandungi 500 mg bawang putih

Fungsi Allisin pada bawang putih untuk kesihatan manusia adalah :
  1. Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak 
  2. Menormalkan keseimbangan lipoprotein 
  3. Menurunkan tekanan darah 
  4. Mempunyai anti-darah beku dan anti aktiviti radang 
  5. Berfungsi sebagai anti oksidan 
  6. Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi 
  7. Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air 
  8. Bantu rawat asthma 
Kegunaan dan kelebihan Garlic Complex Shaklee:
  1. Mengandungi Spearmint – Mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung. 
  2. Antibiotik Semulajadi – Garlic antibiotic semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida. 
  3. Menghalang Alergi – Mempertingkatkan ketahanan terhadap penyakit berkait sistem imun seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema, hepatitis. 
  4. Mempertingkatkan Sistem Penghadaman – Formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastric, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori bakteria dan menhalang ulser gastrik. 
  5. Memoderatkan Tekanan Darah Tinggi – Kajian menunjukkan pengambilan 2 – 4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point. 
  6. Detoksifikasi – Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, Plumbum dan cadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kima. 
  7. Menurunkan Kolestrol – Menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah; meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari. 
  8. Mencegah Kanser – Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser – Nitrosamine. 
  9. Menstabilkan Glukos – Menolong menstabilkan glukos di dalam tubuh kita 
  10. Selain itu ia mampu melawan bakteria dan semua jenis jangkitan pada: 
  • Kerongkong & Telinga (throat & ear infection) 
  • Perut memulas (stomach upset) 
  • Cirit-birit (Diarrhea) 
  • Bronkitis 
  • Luka-luka (infected wounds) 
  • Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut 
  • Sistem air kencing 
**Jika anda ibu hamil yang mengalami masalah keputihan, boleh ambil Garlic Complex Shaklee untuk masalah keputihan tersebut kerana Allicin dalam Garlic Complex Shaklee bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi .

**Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dan lain-lain tetapi anda berasa risau akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepatlah ambil suplemen garlic yang antara kebaikkannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.

Berminat nak cuba produk-produk Shaklee?
Anda boleh hubungi saya segera ditalian seperti dibawah untuk mendapatkan KONSULTASI TERBAIK yang percuma dan rundingan HARGA MAMPU MILIK yang akan menggembirakan anda. :)

Your trusted Shaklee Distributor,

Siti Nadia
SID 1069502
SMS/Wassap : 011-23430868
FB : Cik Puan Bunga Nadia
FB page : Cik Puan Bunga Nadia's Vitashop

Chewable Vita-C Plus 100 mg untuk anak yang selalu demam dan mudah berjangkit




Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan kandungan antioksidan semula jadi tubuh. Selain itu, ia juga amat diperlukan untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan keseluruhan tubuh secara amnya.

Vitamin C tambahan diperlukan oleh wanita hamil dan ibu yang sedang menyusukan bayi kerana diet sahaja tidak dapat memberikan tahap vitamin C yang mencukupi.

Chewable Vita-C dirumus dengan perisa sitrus yang lazat dan membekalkan vitamin C yang bersamaan dengan 1½ buah oren. Ia sesuai untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang menghadapi masalah untuk menelan tablet.


Siapa yang perlu mengambil Chewable Vita-C ini?

  • Kanak-kanak yang sering demam dan selesema 
  • Kanak-kanak yang imun lemah 
  • Sesiapa (kanak2/dewasa) yang tidak boleh menelan pil (hisap) 
Note: Sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun dan keatas
Info Tambahan:



[ROSE HIPS: 'NATURAL REMEDY' KEPADA MASALAH KULIT DAN PENUAAN]

Rose Hips telah digunakan oleh orang di Amerika Selatan untuk mengekalkan kulit sihat dan melambatkan penuaan sejak berabad yg lama dulu.

Rose hips adalah buah pada bunga mawar belukar liar yang diperolehi setelah semua kelopaknya gugur.

Ia membantu menggalakkan kitaran pemulihan semula jadi kulit dan membantu penghasilan kolagen yang elastin.

Rose Hips juga mengandungi Bioflavanoids yang mengekalkan kapilari sihat di seluruh badan. Dengan manfaat Bioflavanoids, Rose Hips adalah tambahan yang baik untuk diet, kecantikan dan kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Dapatkan Chewable Vita-C Plus Shaklee sekarang! Ia diperkaya dgn sumber ROSE HIPS dan BIOFLAVONOIDS


Berminat nak cuba produk-produk Shaklee?
Anda boleh hubungi saya segera ditalian seperti dibawah untuk mendapatkan KONSULTASI TERBAIK yang percuma dan rundingan HARGA MAMPU MILIK yang akan menggembirakan anda. :)

Your trusted Shaklee Distributor,

Siti Nadia
SID 1069502
SMS/Wassap : 011-23430868
FB : Cik Puan Bunga Nadia
FB page : Cik Puan Bunga Nadia's Vitashop

Carotomax sumber Vitamin A dan Sumber antioksidan terbaik!!


Carotomax ialah campuran proprietari alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan manfaat kuasa karotenoid serba lengkap. Makanan harian anda sahaja tidak mencukupi untuk membekalkan kekuatan dan keaslian perlindungan antioksidan sebegini!

Carotomax mengandungi karotenoid semula jadi daripada buah sawit dan alga dunaliellasalina untuk:
  • Mengekalkan kesihatan yang baik 
  • menggalakkan pertumbuhan, menajamkan penglihatan dan merangsang perkembangan tisu* 
  • Memelihara kesihatan kulit dan fungsi membran mukosa 
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet 

Apakah karotenoid?
Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.

Apakah fungsi dan kebaikan carotenoid?
  1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas2.
  2. Sumber Vitamin A terbaik3.
  3. Meningkatkan sistem imunisasi4.
  4. Membetulkan fungsi organ tubuh
    **Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini TANPA DIMASAK.
      Manfaat utama dan kelebihan Carotomax

      1) Lebih selamat daripada Vitamin A - Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu vitamin A.Didapati juga pengambilan berlebihan Vitamin A akan menyebabkan toksisiti.Walaubagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pd tahun 1932 satu prekursor Vitamin A dan beta karotena didapati selamat pengambilannya.

      2) Mempertingkatkan penglihatan- Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan dalam gelap.Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam),rabun dekat,presbyopic,astigmatism,xerophtalmia (mata kering),kelesuan mata,glaucoma,katarak,floaters,eye bag dan gegelung hitam mata.

      3) Meredakan penyakit kulit- Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psorisis ,senile palgue ,kulit kering,kulit gugur ,jerawat dan akne.Penggunaan luaran untuk merawat pustule,scabies,akne dan ulser kulit.

      4) Melindungi Epithelial - Ia memelihara lapisan luar korna,rongga oral,usus,perut,paru-paru,bronkus,pundi kencing,ovari semsa disintegrasi tisu,merawat ulser saluran usus.

      5) Melawan Kanser dan Oksidasi - Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sisitem imun,melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bhahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser.Ini mengurangkan risiko kanser,terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia megurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mat yang teroksida.

      6) Menghalang Infeksi - Merangsang enzim membunuh kuman,menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit respiratori paru-paru,batu,hepatitis,ashtma,flu dan selsema

      Tanda-tanda kekurangan Vitamin A:
      • Masalah jerawat
      • Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut
      • Tumbesaran terencat
      • Masalah tidur dan insomnia
      • Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki
      • Masalah rabun malam.
      Siapa perlukan Carotomax Shaklee?
      • Individu bermasalah rabun 
      • Individu yang ingin kekalkan kesihatan mata 
      • Individu yang ingin kesihatan badan yang menyeluruh 
      • Pesakit arthritis 
      • Atlet 
      • Sesiapa yang mempunyai sejarah keluarga mempunyai kanser (sebagai langkah pencegahan) 
      • Sesiapa sahaja kecuali ibu hamil 

      Berminat dengan produk diatas?
      Anda boleh hubungi saya segera ditalian seperti dibawah untuk mendapatkan KONSULTASI TERBAIK yang percuma dan rundingan HARGA MAMPU MILIK yang akan menggembirakan anda. :)

      Your trusted Shaklee Distributor,

      Siti Nadia
      SID 1069502
      SMS/Wassap : 011-23430868
      FB : Cik Puan Bunga Nadia
      FB page : Cik Puan Bunga Nadia's Vitashop