
Jika dari segi pemakanan, bermula dari saat ini anda hendaklah menjaga pemakanan anda!
Antaranya:
1.Sajian Makanan Untuk Kesihatan Jantung
Penuhkan pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti 5 hingga ke 9 ‘potion’ sehari untuk membantu mengatasi kolestrol jahat. Antioksidan dalam pemakanan tersebut boleh membantu menurunkan paras kolestrol. Secara tak langsung, kita boleh mengurangkan pengambilan makanan berlemak. Banyakkan juga pengambilan makan yang diperkaya dengan sterol iaitu molekul organik yang terkandung dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang penyerapan kolestrol ke dalam darah.
2.Jika Sayangkan Jantung Anda, Pandanglah Ke Laut
Pola pemakanan yang sihat bagi jantung mestilah mengandungi menu ikan dalam kekerapan dua kali seminggu. Ikan kaya dengan Omega 3 yang membantu menurunkan paras ‘trigylcerides’ iaitu sejenis lemak dalam darah. Omega 3 juga membantu memperlambatkan pertumbuhan plak di arteri. Pilihan ikan seperti salmon, tuna, trout dan lain-lain adalah yang terbaik kerana mengandungi kadar Omega 3 yang tinggi.
3.Mulai Hari Anda Dengan Bijirin Oat
Semangkuk oat memiliki serat dan karbohidrat kompleks yang boleh bertahan sepanjang hari. Anda akan merasa kenyang lebih lama sehingga kurang makan pada waktu lain. Gandum yang terkandung dalam bijirin oat juga dapat membantu mengurangkan kolestrol jahat dan sekaligus merupakan antara menu sihat yang penting dalam usaha anda untuk menurunkan paras kolestrol dengan cepat. Anda amat disarankan untuk mengambil bijirin oat untuk sarapan pagi kerana ianya memberikan kesan kekenyangan yang lebih lama.
4.Lemak Tak Tepu Melindungi Jantung
Kita semua memerlukan sedikit lemak dalam gizi pemakanan kita sekitar 25 ke 35 peratus dari kalori sehari. Jenis lemak yang dimaksudkan adalah lemak tak tepu seperti yang terkandung dalam minyak zaitun atau minyak safflower. Lemak ini membantu menurunkan paras kolestrol LDL jahat dan dapat meningkatkan paras kolestrol ‘baik’. Namun, elakkan pengambilan lemak tepu secara berlebihan seperti mentega dan minyak kelapa sawit kerana ianya menyumbang kepada peningkatan kolestrol ‘jahat’.
5.Lebih Banyak Makanan Berserat Tetapi Berhati-hati dengan Karbohidrat
Kita Memerlukan karbohidrat untuk menjana tenaga. Makanan berserat seperti kekacang, beras perang, gandum dan lain-lain membantu menurunkan paras kolestrol kerana mengandungi lebih serat dan kurang meningkatkan kandungan gula dalam darah berbanding dengan karbohidrat dari roti putih, beras putih dan kentang yang meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat dan menyebabkan anda akan cepat lapar dan berisiko untuk makan secara berlebihan dan sembrono.
6.Apa Yang Harus Dilakukan Ketika Makan Di Luar
Ada beberapa strategi yang boleh diamalkan ketika mengambil makanan di luar:
- Pilih makanan yang dipanggang, dikukus dan dibakar. Elakkan makanan yang digoreng.
- Ambil sos dalam kuantiti yang sedikit dan asingkan di tepi pinggan. Tak perlu dihabiskan.
- Belajar mengawal potion makanan anda dan biasakan untuk meminta separuh makanan dibungkus untuk dibawa pulang.
Agak susah bagi kita rakyat Malaysia untuk berpantang dalam pengambilan makanan seperti yang dicadangkan. Namun, kita perlu berusaha untuk menukar diet harian kita kepada menu sihat yang dicadangkan. Pengambilan supplemen yang kaya dengan fisoterol dapat berganding dengan kolestrol ‘baik’ untuk menyerap kolestrol ‘jahat’ yang tak diperlukan.
Fisoterol ini berfungsi menyerap kolestrol LDL yang berlebihan dalam tubuh. Lebih tinggi kandungan fisoterol dalam badan kita, lebih cepat paras kolestrol kita dapat diturunkan. Anda boleh memilih untuk mengambil tumbuhan yang kaya dengan filoterol seperti lobak merah, roti gandum mahupun tomato. Namun adakah kita mampu dan cukup berdisiplin untuk mengambil jumlah yang diperlukan tubuh seperti dalam ilustrasi di bawah?
Kolesterol Baik Dan Kolesterol JahatTubuh memerlukan kolestrol ‘baik’ untuk berfungsi dengan sempurna. Namun, kita biasanya akan makan terlalu banyak lemak dan kolestrol sehingga menyebabkan peningkatan kolestrol jahat iaitu kolestrol LDL. Kolestrol LDL ini mengakibatkan plak terkumpul di arteri lalu mengakibatkan sakit jantung. Anda perlu meningkat kolestrol HDL (kolestrol baik) untuk menurunkan paras kolestrol jahat kerana kolestrol baik membantu membersihkan kolestrol buruk dari darah anda. Mulakan dengan pola pemakanan yang sihat.
Jom bertindak sekarang! Sebelum salur darah anda tersumbat dan kemudian pecah!seterusnya stroke/gout/heart attack/mungkin sudden death!TAKUTNYA!

Berminat nak cuba produk-produk Shaklee?
Anda boleh hubungi saya segera ditalian seperti dibawah untuk mendapatkan KONSULTASI TERBAIK yang percuma dan rundingan HARGA MAMPU MILIK yang akan menggembirakan anda. :)
Your trusted Shaklee Distributor,
Siti Nadia
SID 1069502
SMS/Wassap : 011-23430868
FB : Cik Puan Bunga Nadia
FB page : Cik Puan Bunga Nadia's Vitashop






