Saya pasti anda yang mencari artikel tentang cara atasi alahan morning sickness ini sedang diawal kehamilan bukan?Tahniah diucapkan untuk anda.Morning sickness adalah perkara biasa untuk ibu mengandung.Tetapi jika dibiarkan, boleh membahayakan diri anda dan kandungan. Maka anda mengambil langkah bijak jika sedang membaca artikel ini..:)
Teringat kisah morning sickness masa mengandungkan Adam Mikhail dulu. Dec 2012.Teruk ya amat sampai tak boleh bangun. Dan sehingga saya perlu mengambil unpaid leave selama 2 bulan dikhuatiri pitam semasa memandu.
Supplements? Memang tak lah nak makan.Ubat pun tak dapat nak telan.Buat apa bazir beli supplements lagi kan? (Saya pergi klinik swasta, maka semua ubat dan supplements yang disarankan doktor perlu dibeli)
Tapi saya salah sesalah salahnya!Saya bertindak kejam keatas anak dalam kandungan saya!
Doktor kata, jika kita makan ubat atau supplements atau apa-apa makanan berzat tapi muntah balik, sedikit daripada apa yang kita muntahkan masih berbaki dan dapat diberi kan pada anak dalam kandungan.
Tahukah anda, anak di dalam kandungan anda adalah PARASIT.Mereka akan mengambil segala zat yang diperlukan untuk diri mereka dari tubuh badan anda!Jika anda juga tidak mempunyai zat yang cukup, bagaimana anak anda meronta-ronta di dalam rahim anda?
Sebagai contoh, mereka memerlukan kalsium untuk membina tulang yang kuat, sekiranya mereka tidak dapat zat yang mencukupi, mereka akan mengambil zat kalsium dari tulang, gigi dan dimana-mana sahaja dari tubuh ibu mereka.
Sebab itu ibu mengandung akan berasa cepat letih, sakit gigi, rambut gugur, kulit kering dan sebagainya kerana anak didalam kandungan telah mengambil zat-zat ibu mereka.
Secara ringkasnya, anda sebagai ibu mengandung, perlu mengambil sumber zat secukupnya untuk anak didalam kandungan anda dan untuk diri anda sendiri.
Jika anda juga tidak mempunyai zat yang cukup, bagaimana anak yang berada di dalam kandungan anda ingin mengambil zat dari anda?Dan bagaimana mereka dapat membesar dengan sebaik-baiknya di dalam kandungan anda?
FIKIR-FIKIRKAN. BAHAYA BUKAN?
Maka mahu tidak mahu, penting untuk kita makan makanan berzat atau supplements atau ubat (jika berpenyakit) semasa kehamilan walaupun menghadapi alahan mengandung atau morning sickness yang teruk.MAHU TIDAK MAHU ye kawan-kawan.
SEBAB APA MAKANAN BERZAT ATAU SUPPLEMENTS PENTING BAGI IBU MENGANDUNG?
Bayi mungkin akan mengalami kekurangan berat badan , tidak membesar secara normal kerana kekurangan zat-zat penting yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.
Ini berlaku pada anak saya, lahir 2.48kg sahaja.walaupun sudah setahun 5 bulan pada bulan ini, tubuh badan anak saya sama seperti bayi 10 bulan.Rambut juga nipis sedangkan saya dan suami mempunyai rambut yang lebat dan tebal.
Jika saya diberi peluang untuk hamil anak kedua, saya akan cuba berikan khasiat yang terbaik untuk anak didalam kandungan.Saya tidak mahu penyesalan berulang.Dan saya tidak mahu anak saya menerima akibat akibat kedegilan saya semasa hamil dulu.
Baiklah, jom lihat apa agaknya sumber khasiat terbaik untuk ibu hamil dan anak dalam kandungan walaupun menghadapi morning sickness yang teruk dengan supplements Shaklee?
Saya akan mencadangkan kepada ibu hamil yang mengalami morning sickness ni dengan B Complex dan Ostematrix Shaklee.
B-Complex:
- dapat melegakan mabuk, loya dan pening.
- membantu pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf bayi.
- B complex penting bagi mengelakkan bayi dari mendapat kecacatan saraf.
- Bcomplex shaklee lengkap dengan asid folik . Rujuk disini tentang asid folik
- memberikan tenaga semula akibat muntah-muntah dan kurang makan
- atasi kemurungan dan stress akibat morning sickness
- membantu tidur lena sepanjang malam dan mudah bangun keesokan harinya
- menghilangkan lenguh dan bisa badan
- mengurangkan rasa sakit pinggang dan kejang kaki (cramp atau simpul biawak)
- melawaskan sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit
Jika anda mengalami masalah morning sickness yang kronik,atau menjadi penghuni setia tandas sehingga badan menjadi lemah teruk seperti pitam, dan tidak boleh bangun, tambahan supplement-supplement dibawah amatlah disyorkan.
Morning sickness yang teruk boleh menyebabkan wanita kehilangan bendalir tubuh yang banyak, dan kehilangan zat galian akan memberikan kesan kepada bayi sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama .
Sekiranya menghadapi masalah ini, perkara pertama yg penting adalah berjumpa dengan doktor dengan segera. Manalah tahu kalau ada simptom penyakit lain yang ada pada diri kita.
Selain dari B-Complex dan Ostematrix, ibu hamil yang mengalami morning sickness teruk boleh ambil vitamin ini:
- Meningkatkan Tenaga dan Daya Ketahanan Badan – Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat. Menggantikan bendalir yang hilang dari badan akibat muntah.
- Meningkatkan daya tahan otot.
- Mengurangkan masalah Dehidrasi @ sebagai ‘kekurangan air yang banyak dalam badan’- Seseorang ibu yang hamil, perlu memastikan dirinya tidak dehidrasi. Ini adalah kerana, air sangat penting dalam membantu hati dan ginjal membuang kumuhan daripada badan si ibu dan bayi dalam kandungannya.
- mengurangkan mual dan muntah
- membuang angin dalam badan
- mengurangkan sakit gastrik
- melegakan senak perut
- menyamankan perut
- membantu proses penghadaman
- mengurangkan kesan mabuk
- membekalkan tenaga segera
- meningkatkan sistem imun
- protein yang cukup penting untuk pembentukan sel baru untuk bayi seperti kulit, rambut, kuku dan sel-sel organ lain.
Jika anda tidak mempunyai morning sickness, anda sangat bertuah, namun pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat untuk bayi didalam kandungan dan utuk diri anda sendiri.Set lengkap shaklee bagi ibu yang hamil akan dipost dalam entri seterusnya ya! :)
Dibawah ini petua-petua lain untuk mengatasi masalah morning sickness anda..Boleh cuba juga.. :)
Anda boleh hubungi saya segera ditalian seperti dibawah untuk mendapatkan KONSULTASI TERBAIK yang percuma dan rundingan HARGA MAMPU MILIK yang akan menggembirakan anda. :)
Your trusted Shaklee Distributor,
Siti Nadia
SID 1069502
SMS/Wassap : 011-23430868
FB : Cik Puan Bunga Nadia
FB page : Cik Puan Bunga Nadia's Vitashop


.jpg)

