Showing posts with label gout. Show all posts
Showing posts with label gout. Show all posts

Thursday, 3 July 2014

Gout dan Supplement Shaklee

Kenali Gout

Gout adalah sejenis penyakit yang disebabkan  asid urik berlebihan di dalam badan.

Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.

Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi.

Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.


Tanda-tanda penyakit Gout
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.



Penyebab Gout

1. Pengambilan berlebihan minuman beralkohol.
2. Banyak mengambil makanan yang kaya dengan 'purin'.
3. Kecederaan kecil pada sendi.
4. Kurang pengambilan air kosong.
5. Badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetengah jenis ubatan.
6. Mengamalkan diet yang melampau.

Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?

Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan penyakit gout.

Adakah Gout Boleh Diwarisi?

Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan.

Gout secara rumusan:



Tips amalan untuk mencegah serangan gout
  1. Kawal makanan dengan menghadkan pengambilan protien daripada sumber haiwan.
  2. Kawal berat badan kerana kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik.
  3. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari
  4. Pilih produk tenusu yang mempunyai kandungan lemak yang rendah atau tanpa lemak
  5. Ambil karbohidrat kompleks dan tumpukan untuk makan lebih banyak bijirin, sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.
  6. Hadkan pengambilan gula. Pengambilan gula yang banyak akan menyebabkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang mengandungi gula juga mempunyai banyak kalori yang akan menyebabkan anda mudah mengalami pertambahan berat badan.
  7. Makan epal hijau setiap hari
  8. Supplement atau makanan kesihatan
  9. ELAKKAN MAKAN atau sekurang-kurang nya KURANGKAN MAKAN:
  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak 
  • Ikan bilis, kembung, sardin 
  • Daging cincang 
  • Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging 
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang 
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam 
  • Peanuts, lentil, beans and peas 
  • Poultry 
  • Roti jagung dan bijirin 


Kawal Gout Dengan Shaklee

Alfalfa : Menyah toksin dari badan secara semula jadi dan selamat. ia turut menyikirkan asid urik dalam badan

Performance Drink : Mengekalkan kandungan cecair di dalam badan,(perlu juga minum air putih/air masak setiap masa. Minum sedikt tetapi kerap)

Omega Guard/AJHT : Memberi keselesaan pada sendi.

Banyak sangat? Anda boleh pilih dengan membeli sebotol Vivix sahaja.. 




Bagaimana Vivix Shaklee membantu pesakit GOUT?

Memperbaiki Sel-Sel DNA

~ Tahukah bahawa setiap hari hampir 1 juta sel-sel DNA rosak. Kerosakan berlaku secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung seperti terdedah kepada radiasi (sebagai contoh semasa proses kimoterapi bagi pesakit kanser). Dan yang lebih parah adalah kerosakan secara tak langsung. Terdedah dengan radikal bebas, pencemaran dan makanan yang tidak sihat.

~ Kelainan Vivix Shaklee adalah kerana ia bertindak dari tahap sel. Membaiki 'root cause' atau sebab utama mengapa sistem badan tak berfungsi dengan baik.

Meningkatkan Tenaga Pada Tahap Sel

~ Tenaga tubuh manusia terhasil dari rantaian sel-sel di dalam badan. Semakin berumur, makin menurunlah tenaga yang dihasilkan. Jadi ramuan utama Vivix Shaklee akan meningkatkan tenaga dari tahap sel. Sel yang bertenaga akan menghasilkan tubuh yang sihat dan bertenaga.

~ Terdapat satu enzim di dalam badan yang dipanggil mitochondrial enzim, yang fungsi adalah menghasilkan tenaga pada badan manusia. Juga dikenali sebagai 'cellular power plants'. Pengambilan Vivix akan mengubah aktiviti dan kandungan mitochondrial enzim. Ini akan meningkatkan tenaga pada tahap sel dan seterusnya merendahkan risiko dari terkena penyakit kronik.

Berminat nak cuba?
Anda boleh hubungi saya segera ditalian seperti dibawah untuk mendapatkan konsultasi percuma dan rundingan harga mampu milik yang akan menggembirakan anda. :)

Your trusted Shaklee Distributor,

Siti Nadia
SID 1069502
SMS/Wassap : 011-23430868
FB : Cik Puan Bunga Nadia
FB page : Cik Puan Bunga Nadia's Vitashop


Sunday, 29 June 2014

Detox atau singkirkan toksin dalam badan dengan Herb Lax Shaklee

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. 

Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Mari kita mengenali Herb Lax dengan lebih dekat. Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi:
  1. alfalfa leaves 
  2. senna leaves 
  3. anise seed 
  4. blue malva flower 
  5. buckhorn bark 
  6. licorice root 
  7. rhubarb root 
  8. fennel seed 
  9. culver’s root. 
Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Ya.Herb lax tidak perlu diambil setiap hari.cukuplah selang sehari atau 3x seminggu utnuk proses bersihkan usus anda.. :)

Herb lax juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

Kebaikan Herb Lax Shaklee 
  • pembersihan najis yang tersekat 
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita 
  • membantu masalah sembelit 
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh membantu menghadapi masalah perut buncit dan mengembalikan semula proses semulajadi mengempiskan perut 
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba. 
Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ?
  • pengamal tegar ubat tahan sakit. 
  • mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
  • mereka yang banyak jerawat 
  • pesakit gout 
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak-jinak dengan supplement 
Mari kita baca testimoni di bawah

"Detox, Masalah sembelit, Perut Meragam...Sebenarnya sebelum saya mengenali shaklee saya seorang yang sangat sukar untuk membuang air besar. Adakalanya dua tiga hari baru saya membuang. Kesannya muka saya berjerawat termasuklah jerawat batu yang sangat besar, berkudis, senang demam dan migrain yang teruk. Setelah mengenali Shaklee saya mengambil beberapa supplement untuk membuang toksin iaitu Herb-lax untuk mencuci usus dan menyingkirkan semua toksin. Alhamdulillah memang berkesan"



Selepas badan anda sudah melalui proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat seterusnya membolehkan penyerapan supplement lain akan lebih cepat dan berkesan.

Berminat untuk bersihkan usus anda dan singkirkan toksin dalam badan dengan Herb-Lax Shaklee bolehlah hubungi saya seperti dibawah untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee :)

Your trusted Shaklee Distributor,

Siti Nadia
SID 1069502
SMS/Wassap : 011-23430868
FB : Cik Puan Bunga Nadia
FB page : Cik Puan Bunga Nadia's Vitashop