Showing posts with label stroke. Show all posts
Showing posts with label stroke. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

5 faktor penyebab tinggi kolesterol dan 7 tips mengatasinya!

Pertamanya, ketahui faktor-faktor penyebab tinggi kolesterol:


Jika dari segi pemakanan, bermula dari saat ini anda hendaklah menjaga pemakanan anda!

Antaranya:

1.Sajian Makanan Untuk Kesihatan Jantung
Penuhkan pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti 5 hingga ke 9 ‘potion’ sehari untuk membantu mengatasi kolestrol jahat. Antioksidan dalam pemakanan tersebut boleh membantu menurunkan paras kolestrol. Secara tak langsung, kita boleh mengurangkan pengambilan makanan berlemak. Banyakkan juga pengambilan makan yang diperkaya dengan sterol iaitu molekul organik yang terkandung dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang penyerapan kolestrol ke dalam darah.

2.Jika Sayangkan Jantung Anda, Pandanglah Ke Laut
Pola pemakanan yang sihat bagi jantung mestilah mengandungi menu ikan dalam kekerapan dua kali seminggu. Ikan kaya dengan Omega 3 yang membantu menurunkan paras ‘trigylcerides’ iaitu sejenis lemak dalam darah. Omega 3 juga membantu memperlambatkan pertumbuhan plak di arteri. Pilihan ikan seperti salmon, tuna, trout dan lain-lain adalah yang terbaik kerana mengandungi kadar Omega 3 yang tinggi.

3.Mulai Hari Anda Dengan Bijirin Oat


Semangkuk oat memiliki serat dan karbohidrat kompleks yang boleh bertahan sepanjang hari. Anda akan merasa kenyang lebih lama sehingga kurang makan pada waktu lain. Gandum yang terkandung dalam bijirin oat juga dapat membantu mengurangkan kolestrol jahat dan sekaligus merupakan antara menu sihat yang penting dalam usaha anda untuk menurunkan paras kolestrol dengan cepat. Anda amat disarankan untuk mengambil bijirin oat untuk sarapan pagi kerana ianya memberikan kesan kekenyangan yang lebih lama.

4.Lemak Tak Tepu Melindungi Jantung
Kita semua memerlukan sedikit lemak dalam gizi pemakanan kita sekitar 25 ke 35 peratus dari kalori sehari. Jenis lemak yang dimaksudkan adalah lemak tak tepu seperti yang terkandung dalam minyak zaitun atau minyak safflower. Lemak ini membantu menurunkan paras kolestrol LDL jahat dan dapat meningkatkan paras kolestrol ‘baik’. Namun, elakkan pengambilan lemak tepu secara berlebihan seperti mentega dan minyak kelapa sawit kerana ianya menyumbang kepada peningkatan kolestrol ‘jahat’.

5.Lebih Banyak Makanan Berserat Tetapi Berhati-hati 
dengan Karbohidrat
Kita Memerlukan karbohidrat untuk menjana tenaga. Makanan berserat seperti kekacang, beras perang, gandum dan lain-lain membantu menurunkan paras kolestrol kerana mengandungi lebih serat dan kurang meningkatkan kandungan gula dalam darah berbanding dengan karbohidrat dari roti putih, beras putih dan kentang yang meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat dan menyebabkan anda akan cepat lapar dan berisiko untuk makan secara berlebihan dan sembrono.

6.Apa Yang Harus Dilakukan Ketika Makan Di Luar
Ada beberapa strategi yang boleh diamalkan ketika mengambil makanan di luar:
  • Pilih makanan yang dipanggang, dikukus dan dibakar. Elakkan makanan yang digoreng.
  • Ambil sos dalam kuantiti yang sedikit dan asingkan di tepi pinggan. Tak perlu dihabiskan.
  • Belajar mengawal potion makanan anda dan biasakan untuk meminta separuh makanan dibungkus untuk dibawa pulang.
7.Pengambilan Supplement Phytocol-ST Atasi Kolestrol Tinggi


Agak susah bagi kita rakyat Malaysia untuk berpantang dalam pengambilan makanan seperti yang dicadangkan. Namun, kita perlu berusaha untuk menukar diet harian kita kepada menu sihat yang dicadangkan. Pengambilan supplemen yang kaya dengan fisoterol dapat berganding dengan kolestrol ‘baik’ untuk menyerap kolestrol ‘jahat’ yang tak diperlukan.

Fisoterol ini berfungsi menyerap kolestrol LDL yang berlebihan dalam tubuh. Lebih tinggi kandungan fisoterol dalam badan kita, lebih cepat paras kolestrol kita dapat diturunkan. Anda boleh memilih untuk mengambil tumbuhan yang kaya dengan filoterol seperti lobak merah, roti gandum mahupun tomato. Namun adakah kita mampu dan cukup berdisiplin untuk mengambil jumlah yang diperlukan tubuh seperti dalam ilustrasi di bawah?


Info Tambahan:
Kolesterol Baik Dan Kolesterol Jahat
Tubuh memerlukan kolestrol ‘baik’ untuk berfungsi dengan sempurna. Namun, kita biasanya akan makan terlalu banyak lemak dan kolestrol sehingga menyebabkan peningkatan kolestrol jahat iaitu kolestrol LDL. Kolestrol LDL ini mengakibatkan plak terkumpul di arteri lalu mengakibatkan sakit jantung. Anda perlu meningkat kolestrol HDL (kolestrol baik) untuk menurunkan paras kolestrol jahat kerana kolestrol baik membantu membersihkan kolestrol buruk dari darah anda. Mulakan dengan pola pemakanan yang sihat.

Jom bertindak sekarang! Sebelum salur darah anda tersumbat dan kemudian pecah!seterusnya stroke/gout/heart attack/mungkin sudden death!TAKUTNYA!

  
Image result for akibat salur darah tersumbat


Berminat nak cuba produk-produk Shaklee?
Anda boleh hubungi saya segera ditalian seperti dibawah untuk mendapatkan KONSULTASI TERBAIK yang percuma dan rundingan HARGA MAMPU MILIK yang akan menggembirakan anda. :)

Your trusted Shaklee Distributor,

Siti Nadia
SID 1069502
SMS/Wassap : 011-23430868

Thursday, 3 July 2014

Penyakit Strok / angin ahmar dan supplement shaklee

KENALI STROKE/ANGIN AHMAR

Bahayanya stroke!!kerana ia melibatkan sel otak.
Dan otak pula adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan!

Bayangkan otak tak boleh bagi signal untuk bernafas..apa jadi? Nauzubillah..mintak dijauhkan.. :(

Stroke/angin ahmar berlaku apabila sel otak tiba-tiba mati akibat kurang bekalan oksigen dan berpunca samada saluran darah kepada tisu otak tersumbat atau berlaku pendarahan di dalam otak.

Saluran darah tersumbat atau pendarahan
Dengan pantas, dengan senyap. kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. 

Bila terjadi, pesakit stroke akan menjadi lumpuh sebelah badan, tidak boleh bertutur, koma, hilang ingatan dan boleh membawa maut.


Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Penyakit jantung dan kanser mengatasinya. 

Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok.

TANDA-TANDA TERKENA STROKE:
Satu tanda penting ancaman strok adalah Serangan Iskemia Sementara/Transient Ischaemic Attack (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak.

Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, tetapi, tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya.

TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada seorang profesional perubatan secepat mungkin.

ANTARA SYMYOMPS TIA ADALAH:
  • Masalah percakapan secara tiba-tiba seperti sukar nak memulakan percakapan, susah hendak menyusun ayat atau percakapan kurang jelas. 
  • Lemah anggota atau tidak boleh menggerakkan anggota badan. 
  • Masalah penglihatan secara tiba-tiba. 
  • Tidak dapat mengimbangi badan seperti tiba-tiba terjatuh ketika sedang berjalan. 
  • Sakit kepala yang kuat secara tiba-tiba malah ada yang menyangkakan mereka diserang migrain. 
  • Kebiasaannya simptom2 ini tidak lama. Kadang2 hanya berlaku beberapa minit sahaja atau beberapa jam sahaja. Kemudian pesakit akan sembuh semula

PUNCA TERJADINYA STROKE:
  • kelanjutan umur, 
  • darah tinggi, 
  • kencing manis, 
  • kolesterol tinggi, dan 
  • merokok 
CARA MENCEGAH STROKE:
  • kawal tekanan darah tinggi dengan optimum 
  • kawal penyakit kencing manis 
  • ambil ubat kurangkan kolesterol boleh mencegah stroke berulang 
  • rawat stress atau tekanan perasaan 
  • bersenam aerobik boleh mencegah stroke 
  • tidak merokok 
  • periksa jantung untuk pastikan tiada "atrial fibrillation" yang menjadi punca stroke 
Adakah anda pernah mengalami simtom2 stroke/TIA?

DAPATKAN VIVIX SHAKLEE SEGERA!!

VIVIX SHAKLEE MEMBANTU MENCEGAH MASALAH STROKE:

Vivix merupakan sirap tonik Shaklee dan merupakan minuman botanikal 1001 rahsia. 4 mekanisma utama Vivix ialah:
  • Melindungi dan membaiki kerosakan sel 
  • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik 
  • Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria 
  • Melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End products) 
  • Vivix dapat melindungi sel sel otak dari mati dan mengelakkan kejadian serangan stroke berlaku. 
Berbaloi mengeluarkan kos beli Vivix ni setiap 2 bulan sekali daripada kos perubatan yg lebih mahal jika diserang stroke.

Malah anda sudah lumpuh,susah bercakap,dan mungkin anda akan kehilangan ingatan.Mahukah anda berkira2 lagi?

Berminat nak cuba atasi dan kawal masalah stroke dari sekarang?
Anda boleh hubungi saya segera ditalian seperti dibawah untuk mendapatkan KONSULTASI TERBAIK yang percuma dan rundingan HARGA MAMPU MILIK yang akan menggembirakan anda. :)

Your trusted Shaklee Distributor,

Siti Nadia
SID 1069502
SMS/Wassap : 011-23430868
FB : Cik Puan Bunga Nadia
FB page : Cik Puan Bunga Nadia's Vitashop